Langsir tingkap disingkap lembut, bayu yang bertiup menambahkan lagi kesejukan malam. Hujan yang pada mulanya gerimis bertukar keras. Finaz kerisauan, dia menoleh jam di dinding hampir pukul sepuluh malam. Namun orang yang sepatutnya dah pulang masih belum kelihatan. Hatinya tiba-tiba risau, tak pernah dia balik selewat ini. Mungkinkah ada sesuatu yang telah menimpanya?
“ Cik puan, makanan dah nak sejuk, marilah makan.” Ujar Mak Kiah memecah kesunyian malam. Finaz agak tersentak, dia menoleh kearah Mak Kiah dn cuba untuk tersenyum biarpun hambar.
“tak apalah Mak Kiah, saya nak tunggu tuan balik. Mak Kiah tutuplah dulu lauk-lauk itu.” Mak Kiah hanya mengangguk namun hatinya penuh dengan tanda tanya. Kenapa tuan nya itu masih belum pulang sedangkan selama ini diatak pernah pulang lewat. Harap-harap biarlah dia selamat dimana saja dia berada. Dia kembali ke dapur meneruskan kerja-kerjanya.
Finaz mengelu sendirian. Kemanakah agaknya dia pergi? Biasanya waktu-waktu begini dia sudah berada dirumah sedang menonton televisyen ataupun membaca buku. Resahnya jiwa tak terkira, Finaz kembali kesofa, memcapai majalah Wanita dan dibacanya sambil lalu, namun apa yang dia baca dia sendiri tak faham. Majalah itu diletakkannya semula. Dia bersandar disof adan cuba memejamkan matanya dan cuba mengosongkan mindanya. Tapi itu semua tak dapat meredakan keresahan yang melanda jiwanya. Tiba-tiba kedengaran bunyi telefon. Bergegas dia menyambutnya.
“Hallo,”
“ini rumah Encik Ridzuan Omar ke?” tanya suara halus dicorong telefon.
“ya betul..siapa tu?” tanya Finaz kehairanan. Siapakah gerangannya empunya suara. Halus lagi.
“saya dari Hospital Puteri, En. Ridzuan Omar....”
“kenapa dengan suami saya? Apa yang dah berlaku ni?” sampuk Finaz tak sabar. Jantungnya melantun cemas.
“bawa bertenang puan, suami puan ditimpa kemalangan. Pihak polis menghantarnya kemari sebentar tadi. Harap puan dapat datang dengan segera kerana doktor perlukan tandatangan dari warisnya untuk melakukan pembedahan.
“baiklah, saya datang dengan segera.” Ujar Nina cuba menahan sebak didada.
Gagang telefon diletak perlahan. Semangatnya hilang bersama berita yang baru diterimanya. Dia terduduk di tepi tangga, menahan sebab didada. Mak Kiah yang terdengar suara Finaz yang sedikit kuat tadi berdiri disebelahnya. Dia terkejut dengan perubahan wajah cik puannya.
“kenapa cik puan? Apa yang dah berlaku!”
Dia tak mampu bersuara lagi, airmatanya merembes keluar bagaikan hujan diluar rumah. Finaz memandang Mak Kiah cuba meraih simpati. Sebak didada cuba ditahan, dia harus segera kesana.
“saya nak ke hospital, tuan kemalangan. Mak Kiah tolong bukakan pintu pagar...”
Wajah Mak Kiah berubah, dia akur dengan permintaan Finaz. Segera dia keluar dan membuka pagar tanpa memperdulikan hujan yang membasahi tubuhnya. Finza mengambil kunci dan dompet duitnya atas almari. Dia memandang kecermin sebentar melihat keadaan diri. Setelah puas dengan penambilannya dia segera keluar menuju ke garaj kereta. Kembara merah dipandu keluar dan terus meluncur laju ke destinasinya. Mujurlah dia tak terkandas dalam kesesakan jalan raya jadi taklah lambat dia tiba di hospital. Setibanya dihospital , terus dia menuju ke wad kecemasan. Dia bertanya di kaunter pertanyaan dan nurse disitu membawanya berjumpa dengan doktor yang menangani kes suaminya. Seorang doktor muda bernama Dr.Idham memujuknya agar bertenang kerana dia tak habis-habis bertanya tentang keadaan suaminya.
“sabarlah puan, kami akan cuba selamatkan dia. Puan hanya perlu tandatangan borang ini dan selebihnya biar kami yang uruskan. Berdoalah supaya semuanya berjalan dengan lancar. “ Dr. Idham hanya tesenyum dan terus berjalan menuju ke bilik pembedahan.
Finaz duduk dikerusi depan bilik pembedahan, dia meraup mukanya dengan kedua-dua belah tangan. Air matanya keluar tanpa henti. Ya Allah kau selamatkanlah suamiku.” Rintihnya dalam hati. Dia tak dikehilangannya dan dia tak mahu pisang berbuah dua kali. Ianya amat memedihkan. Finaz merenung pintu bilik yang masih tertutup rapat. Lama rasanya dia duduk disitu. Jam ditangan dilirik, rasanya sudah hampir dua jam dia menjadi penunggu setia tempat itu. Risaunya makin menjadi-jadi. Kejadian silam entah kenapa kembali terlayar didepan matanya walaupun berkali-kali dia cuba memadamkannya. Tapi ianya tetap terlayar jua.
Segala-galanya bermula dua tahun lalu...
Ting..tong...!!!
Loceng pintu berbunyi bertalu-talu, malas rasanya nak turun kebawah. Biarlah Mak Kiah yang jawap. Dia kembali baring , menyambung semula bacaannya. Namun konsentrasinya terganggu bila loceng itu masih berdering. Finaz mendengus geram, dia bangun dari katil dan terus keluar dari biliknya. Mana pula perginya orang tua ni, getus nya dalam hati. Sewaktu menuruni tangga baru dia teringat yang Mak Kiah balik kampung. Finaz tersenyum sendiri, macam mana dia boleh lupa? Dengan senyuman yang masih bersisa dia menghampiri pintu. Tombol pintu dipulas, seorang lelaki berdiri didepan pintu rumahnya. Dia terpempan, tubuhnya rasa menggigil. Wajahnya berubah sama sekali. Tak sangka denga kehadiran lelaki ini.
“assalamualaikum,” ujanya dengan seyuman yang tak pernah berubah. Tak berupaya dirinya untuk mejawap soalan itu.
“kenapa tak jawap salam aku? Berdosa tau..boleh aku masuk?”
Finaz hanya mendiamkan diri bila lelaki itu masuk walaupun tak dipelawa. Entah kenapa lidahnya jadi kelu. Dia hanya mampu merenung tanpa satu pun bicara keluar dari mulutnya. Dia duduk sofa tanpa perlu dipelawa.
“nice house...totally change. Aku rasa begitu asing bila melangkah masuk. Pandai kau menghiasnya.”
Finaz yang masih termangu di muka pintu, melangkah masuk dan duduk disofa. Dia hanya mampu merenung lelaki itu, wajahnya sedikit pun tak berubah begitu jug dengan perangainya. Hampir tiga tahu mereka tak bersua. Kenapa sekarang baru dia muncul? Kenapa Ridzuan, kenapa??
“kenapa kau tenung aku macam tu? Kau terkejut dengan kehadiran aku ataupun kau gembira.” Ujar lelaki yang bernama Ridzuan Omar. Finaz hanya menunduk. Tak berdaya dia melawan renunga mata Ridzuan. Renungan yang sukar ditafsirkan.
“kenapa kau balik, wan?” dia cuba juga bersuara setelah sekian lama dia mendiamkan diri. Dia kurang senang dengan kedatangannya.
“ kenapa? Kau tak suka aku balik? Aku pun ada hak disini.” Senyuman sinis terukir dibibir Ridzuan.
“aku balik kerana kau! Aku nak tuntut apa yang sepatutnya jadi milik aku, Puan Syafinaz.”
Finaz tersentak dengan ungkapan Ridzuan. Tak sangka Ridzuan masih dengan ego, sedikit pun tak berubah. Finaz hanya menggeleng, apa yang telah berlaku bukan salah sesiapa, malah dia sedikit pun tak berdendam biarpun dirinya yang dilukai. Segala yang berlaku biarlah berlalu. Namun kehadiran Ridzuan hari ini pasti mengundang masalah pada semua. Lebih-lebih lagi pada dirinya.
“ lama dah aku dekat sini? Kau tak mahu jamu aku dengan minuman ker? Oh ya! Mana Erwin? ” ujar Ridzuan cuba merumitkan lagi keadaan.
“kau sendiri lebih arif tentang Erwin..he`s your brother.”
“dia bukan abang aku! Seorang abang tak akan memusnahkan kebahagian adiknya! He` selfish!” tegas Ridzuan dengan nada keras. Wajahnya berubah tegang.
“sudahlah wan, jangan cuba salahkan orang lain atas apa yang menimpa diri kau. Kau yang musnahkan kebahagian diri kau sendiri, tak guna berdendam sedangkan hakikatnya kau yang bersalah.” Ujar Finaz dengan rasa tak puas hati. Dia tak mahu terus-terusan mengungkit segala yang telah berlaku. Itu hanya akan menambahkan kesengsaraan yang sepatutnya telah lama hilang.
“ itu aku tak peduli, hak aku akan aku ambil semula!” tegas Ridzuan, dia bingkas bangun dari sofa lalu meninggalkan Finaz tanpa sebarang penyelesaian.
Finaz hanya memandang kelibat Ridzuan hilang dari matanya. Apa yang harus dia lakukan sekarang? Finaz bersandar disofa, airmatanya mengalir deras tatkala dia teringatkan Erwin dan juga kata-kata dari Ridzuan sebentar tadi. Kenapa semua ini harus terjadi? Kenapa Ridzuan muncul semula? Apakah corak kehidupannya akan berubah? Bagaimana dengan Erwin??
BAB 2
Petang itu cuaca agak redup. Finaz memandu dengan berhati-hati. Sudah dua hari dia tak melawat Erwin di hospital. Kerjanya terlampau banyak tambah-tambah lagi Ridzuan sering menggangunya. Dia harap Erwin tak akan berkecil hati. Hari ini walaupun dia terasa amat penat, dia tetap masak sup kegemaran Erwin. Dia tersenyum sendiri bila teringat pertama kali Erwin makan sup ayam ciptaannya. Semalaman Erwin sakit perut, tapi dia tetap menyatakan yang supnya itu sedap. Sedangkan dia tahu sup itu terlalu masin dan juga pedas. Erwin..Erwin.. getusnya sendirian.
Kembara merahnya membelok ke perkarangan hospital puteri, lalu diletakkan ditempat yang telah disediakan. Sambil membimbit mangkuk berisi sup dia melangkah masuk kedalam bangunan 12 tingkat yang tersergam indah. Lif yang dinaikinya menuju ke tingkat sepuluh. Pintu bilik 201 dibuka perlahan. Kelihatan sekujur tubuh sedang berbaring nyenyak. Tidur barangkali. Wajahnya yang lesu dan pucat tetap kelihatan tampan dimatanya. Finaz menghampirinya lalu duduk dikerusi ditepi katil. Lama dia memerhati wajah itu. Dia amat menyayangi Erwin dan dia tak pernah menyesal kerana menjadi isterinya. Kalau boleh dia mahu selamanya bersama Erwin, lelaki yang telah menyelamatkan maruah dirinya dan juga keluarganya. Dia amat terhutang budi pada Erwin.
“abang,” panggil Finaz lembut. Jari-jemari Erwin diusap lembut dan diciumnya mesra. Erwin membuka matanya bila sentuhan bibir Finaz menyentuh lembut dahinya.
“hai sayang, dah lama sampai? Maaflah abang tertidur tadi..lama sangat tunggu sayang.” Ujar Erwin sambil menguap. Dia bangun dan bersandar di kepala katil.
“ Finaz minta maaf bang...dah dua hari Finaz tak datang jengok abang. Abang apa khabar?”
Erwin hanya menggeleng. Dia mengusap kepala Finaz lembut. Dia tahu Finaz sibuk menguruskan syarikat dan juga kehidupan hariannya.
“tak apa, abang faham keadaan Finaz...kerja berlambak dekat office kan? Ehmm.. abang pun dah sihat sikit, tak lama lagi abang dah boleh balik. Bolehlah Finaz berehat, biar abang pula yang kerja.” Ujar Erwin bersungguh-sungguh.
Finaz merenung wajah Erwin, biarpun sakit dia tetap tersenyum. Dulu wajah itu tak sepucat hari ini, cergas dan penuh semangat. Tapi sejak dia pengsan di tapak pembinaan sebulan yang lalu segalanya berubah. Erwin kembali kekatil hospital dan koma selama dua hari. Selepas dia sedar semula, dia tidak lagi secergas dulu dan terpaksa tinggal dihospital sehinggalah sekarang. Penyaki misteri yang dialaminya sejak kecil sering membuatkan nyawanya seolah-olah berada dihujung tanduk. Bila-bila masa saja jantungnya boleh berhenti berdegup tanpa alasan dan juga tanpa amaran. Itu yang amat menakutkan dirinya biarpun dia dah lama bersedia dengan segala kemungkinan.
“kenapa sayang renung abang macam tu?” pertanyaan Erwin membuatkan Finaz tersedar dari lamunannya, lalu menggeleng.
“hari ini Finaz ada bawa sup kegemaran abang, mari Finza suapkan abang makan.” Ujarnya tersenyum. Dia bangun, lalu mengambil mangkuk yangberada diatas meja dan dibukanya. Bau harum daun sup membuka selera siapa saja yang menghidunya.
“simpanlah dulu, abang tak ada selera nak makan. Lagipun abang baru saja lepas makan ubat. Mari duduk dekat abang. Pelawa Erwin sambil menepuk tilam tempat dia baring. Dia ingin Finaz disisinya.
Finaz menutup semula mangkuk supnya, lalu naik atas katil dan duduk disisi Erwin. Rambutnya dibelai mesra, Erwin memeluk erat bahu Finaz. Finaz selesa diperlakukan begitu. Dia rasa selamat setiap kali berada dalam dakapan Erwin. Kedengaran keluhan lahir dari mulut Erwin. Finaz mendongak kerenung wajah Erwin. Erwin hanya tersenyum, dahi Finaz dikucup mesra.
“tak puas rasanya abang bersama sayang, terlalu singkat masa yang tuhan berikan pada abang.’ Keluh Erwin tiba-tiba.
“apa yang abang cakapkan ini?” tanya Finaz tak sedap hati. Erwin hanya ketawa kecil. Dia tahu Finaz tak suka setiap kali dia suarakan tentang kematian.
“malam ini, sayang temankan abang yer? Abang rindukan sayang, lagi satu abang nak bincangkan sesuatu dengan sayang. Takut nanti tak berkesempatan pula nanti.”
“abang!! Finaz tak suka tau kalau abang cakap macam ini!”
“ehmm..okaylah, abang minta maaf.” Uajr Erwin sambil mengucup bibir isterinya. Finaz kembali melentokkan kepalanya kedada Erwin.
Selama bersama Erwin dia rasa amat bahagia biarpun kehidupan mereka tak sama seperti orang lain. Dia bersyukur kerana menjadi isteri Erwin. Lelaki yang penyayang, penyabar dan juga amat bertimbangrasa. Dia ditatang bagaikan minyak yang penuh.
“betul ker sayang cintakan abang?” tanya Erwin setelah lama mereka membisu. Finaz terkejut dengan persoalan itu. Kenapa cintanya dipersoalkan?
“kenapa abang tanya macam tu? Abang masih ragu dengan keikhlasan Finaz?”
“bukan itu maksud abang..abang cuma ingin tahu. Selama ini sayang tak pernah ucapkan yang sayang cintakan abang. Abang cuma nak dengar dari mulut sayang, itu saja.”
Finaz melepaskan pelukan tangan Erwin. Dia duduk mengadap Erwin dengan wajah sayu. Erwin begitu berlainan hari ini. Kenapa?
“jangan cakap macam tu lagi bang...Finaz sayangkan abang sampai bila-bila pun.” Suaranya sedikit getar, hati nya rasa sayu.
Erwin hanya tersenyum. Dia kembali menarik Finaz dalam dakapannya. Finaz akur.
“ Ridzuan dah balik sayang....adik abang dah balik.” Lemah sekali nada suara Erwin.
Terkejut Finaz mendengarnya. Patutlah Erwin begitu berlainan sekali. Rupa-rupanya ridzuan sudah bertandang kesini. Finaz sekali ingin melepaskan diri dari pelukan Erwin, tapi rangkulan Erwin yang kemas menggagalkan usahanya.
“biarlah dia balik, apa kena mengena dengan kita!” uajr Finaz cuba menutup kerisauannya. Namun Erwin dapat merasakan gelodak yang bermain dihati kecil isterinya itu. Dia tahu bukan mudah melupakan cinta pertama yang bertapak kukuh dihati. Dia tahu kerana dia pernah merasainya. Finaz adalah cinta pertamnya tapi kerana sayangkan Ridzuan dia rela beralah. Namun takdir tuhan dia akhirnya berjaya juga merealisasikan impian biarpun dia tahu Finaz tak mencintainya. Erwin mengeratkan lagi pelukannya. Berat rasa hati ingin menyuarakan apa yang terbuku dihati. Airmatanya tiba-tiba saja mengalir keluar. Finaz dapat merasakan yang dada Erwin bergetar. Dia mendongak, air mata Erwin meniti kepipinya.
“kenapa abang menangis? Finaz sakitkan hati abang ke?” tanya Finaz sambil menyapu lembut air mata yang membasahi pipi Erwin yang cengkung dan pucat itu. Erwin hanya menggeleng cuba menutup kesedihan dihatinya. Dia mengucup dahi dan kemudiannya turun ke bibir Finaz. Finaz benar-benar resah dengan kelakuan Erwin. Hatinya menyumpah seranah Ridzuan kerana kepulangannya.
“boleh tak sayang janji dengan abang?”
“untuk abang, Finaz sanggup buat apa saja...demi Allah bang.”
Erwin terdiam seketika, dia cuba mengumpul kekuatan untuk menyatakan hasratnya.
“sebelum abang menutup mata, abang nak sayang janji dengan abang yang sayang akan kembali ke sisi Ridzuan bila tiba saatnya nanti. Dia cintakan sayang dan abang yakin dia dapat bahagiakan sayang.” Tegas Erwin. Matanya dipejamkan dan titisan air kembali menitis.
Finaz terkejut dengan kata-kata Erwin. Dia melepaskan rangkulan Erwin dan kembali duduk. Air matanya mengalir semula. Kenapa itu yang harus dilafaskan oleh Erwin? Kenapa dia harus menerima Ridzuan semula sedangkan mereka bahagia bersama. Masakan dia boleh lupakan apa yang telah Ridzuan bua pada dirinya.
“apa yang abang merepek ni? Finaz sayangkan abang, abanglah segalanya buat Finaz! Sampai hati abang nak sisihkan Finaz dari hidup abang..sampai hati abang.” Keluhnya dalam tangisan yang semakin berlagu. Erwin menarik Finaz kembali dalam dakapannya. Esakan Finaz cuba dipujuknya dengan usapan lembut sang suami. Bajunya basah dengan deraian air mata Finaz.
“maafkan abang sayang. Abang bukan nak sisihkan sayang, abang cintakan sayang dan abang nak sayang bahagia. Ridzuan boleh beri segalanya pada sayang, dia cintakan sayang dan abang tahu sayang masih cintakan dia. Terimalah dia semula...demi abang.” Rayu Erwin dengan persaan sedih di turut sama mengalirkan air mata.
“cukuplah bang, Finaz tak mahu dengar lagi! Finaz hanya kepunyaan abang seorang saja! Finaz bukan barang mainan yang boleh dipinjam-pinjam.”
“sayang dah banyak menderita kerana abang dan usia muda sayang tak akan nak disia-siakan hanya kerana abang? Abang tak sanggup! Roh abang tak akan tenang kerana membiarkan sayang terus terusan mengenang abang. Berilah peluang pada diri sayang mengecap bahagia bersama orang yang sayang cintai. Abang rela sayang kembali ke sisi Ridzua. Dia adik abang dan abang yakin dia akan bahagiakan sayang.”
Finaz tak mampu untuk bersuara lagi. Hatinya sedih dengan permainan mereka dua beradik.
“dengar cakap abang sayang...tolonglah, demi abang.” Pujuk Erwin lagi.
“tidak bang! Tidak sama sekali!!” getusnya dengan kuat biarpun dalam tangisan yang semakin berlagu. Biar apa pun yang terjadi dia tak akan tinggalkan Erwin.
“abang...” rintih Finaz dalan dakapan Erwin.
Erwin cuba memujuk agar Finaz memberhentikan tanggisannya. Dia juga sedih tapi apa yang dia lakukan adalah untuk kebahagiaan Finaz. Ridzuan menyalahkan dirinya kerana mengahwini Finaz. Dia tahu dia juga bersalah dalam hal ini, kalaulah dia mencari dan menyakinkan Ridzuan semua ini tak akan berlaku. Dia menyesal sebenarnya tapi dia kalah dengan tuntutan hati dan perasaannya. Dia begitu mencintai Finaz. Kini sudah tiba masanya dia tunaikan tanggungjawapnya sebagai seorang abang. Dia amat berharap agar mereka bahagia. Pelukannya di eratkan lagi, biarlah malam ini menjadi malam terakhir buat mereka berdua. Dia tak mahu ada insan yang terluka dan menderita kerana dirinya lagi. Cukuplah setakat ini saja aturan hidupnya. Dia pasrah dan rela.
“ Cik...Cik...” bahu Finaz terasa disentuh lembut. Dia tersedar, seorang jururawat tersenyum memandangnya. Finaz bangu dari katil dan berdiri disisi jururawat yang bernama Aminah itu. Barangkali dia jururawat baru agaknya. Kalau tidak mereka tak akan diganggu sehingga pagi.
“hari dah lewat , Cik tak mahu balik ke?” tanya sambil tersenyum.
Finaz hany mengangguk faham. Jururawat itu berlalu meninggalkan biliknya. Dia merenung wajah Erwin yang sedang pulas tidur. Wajahnya seolah-olah tersenyum puas. Dia mengusap perlahan pipi Erwin. Selimutnya diperbetulkan agar lebih selesa. Dahi dan bibir Erwin dikucup mesra. Hatinya puas setelah Erwin berjanji tidak akan mengungkit lagi persoalan itu. Finaz mengambil beg dan bekas supnya tadi. Kemudian dia kembali kesisi Erwin menngucup lagi dahinya. Biarlah dia tidur dengan nyenyak.
“balik dulu bang, esok Finaz datang lagi. Sweet dream.” Pipi Erwin diusap lembut.
Entah kenapa berat rasa hatinya nak meninggalkan Erwin. Ingin saja dia tidur disisinya, nanti apa pula kata jururawat tadi. Susahlah dia. Mahu tak mahu dia terpaksa juga pulang meninggalkan Erwin sendirian. Semoga Allah melindunginya.
BAB 3
Esoknya pagi-pagi lagi dia sudah keluar dari rumah. Sengaja dia tak ke pejabat, dia ingin menemani Erwin. Lebih-lebih lagi selepas kejadian semalam. Keadaan Erwin begitu merungsingkan. Permintaannya itu tak masuk diakal. Sakit hatinya pada Ridzuan semakin meluap-lupa. Kerana Ridzuan, Erwin meminta yang bukan-bukan. Ridzuan memang tak pernah berubah selalu meyusahkan orang lain! Setibanya dihospital sekali lagi dia dikejutkan dengan kedatangan Ridzuan. Dia menunggi di tempat letak kereta. Hatinya kembali geram.
“kenapa kau mengekori aku wan?” marah Finaz. Pintu keretanya dihempas dengan kuat.
Ridzuan hanya tersenyum. Dia ingin menyelesaikan segala kekusutan yang melanda. Erwin sudah memberi lampu hijau kepadanya. Dia amat berterima kasih pada abangnya itu.
“ Finaz, aku nak cakap sikit dengan kau.”
“apa lagi yang kau nak wan? Tolonglah....jangan ganggu hidup aku lagi!”
“pleasee, Finaz...berilah aku satu jer lagi peluang.” Ridzuan cuba memegang bahu Finaz, namun Finaz sempat mengelak. Dia tak rela disentuh lelaki lain selain Erwin.
“aku ingin bersama kau semula! Aku masih akan sentiasa mencintai kau, hidup aku tak bermakna tanpa kau disisi kau!”
Finaz rasa muak dengan kata-kata Ridzuan. Dia mencemikkan mukanya. Bencinya semakin menjadi-jadi sejak Erwin menyatakan hasratnya.
“apa yang kau merepek ni wan? Kau sedar tak aku ni siapa? Aku kakak ipar kau!! Tak malu ke kau mengatakan itu semua pada aku, kakak ipar kau sendiri? Sudahlah wan...lupakan saja hasrat kau itu, aku tak akan sekali-kali meninggalkan Erwin. Segala hidup aku telah aku serahkan padanya. Kalau dia menceraikan aku sekalipun, aku tak akan kembali kesisi kau.”
“but I still love! Aku tak boleh hidup tanpa kau.” Ujar Ridzuan cuba merayu dan memujuk.
“ Cinta? Kau hanya pandai melafazkannya tapi kau tak faham apa maksudnya? Apakah yang telah engkau lakukan pada aku dulu, kau namakan cinta? Aku percayakan kau dan aku serahkan segalanya pada kau, tapi apa yang kau balas? Kau tinggalkan aku tanpa alasan. Kau tak hadirkan diri pada hari pernikahan kita? Apa semua tu wan..cinta? kalau itulah definasi kau tentang cinta, kau memang tak layak dicintai!” ujar Finaz geram.
“aku balik Finaz....tapi bila aku sampai ke rumah, kau telah diijabkabulkan, tapi bukan dengan aku, dengan Erwin! Apa yang boleh aku buat lagi? Aku cuma lewat lima jam saja, tak akan itu pun kau tak boleh tunggu. Aku ada beritahu Erwin kemana aku pergi , kenapa dia tak cari aku? Dia sengaja nak rampas engkau dari aku!” ujar Ridzuan tak mahu mengaku salah.
“sudahlah wan...jangan nak menegakkan benang yang basah. Kau yang buat salah kau tuduh orang lain! Cukup pandai kau bersandiwara! Baliklah wan jangan ganggu hidup kami lagi. Izinkanlah aku dengan Erwin bahagia bersama. Lupakan aku.”
“apa yang boleh Erwin beri pada kau? He`s useless!! Dia tak layak buat kau.”
Finaz merenung tepat kewajah Ridzuan dengan amarah.
“siapa kau untuk berkata sedemikian? Walau bagaimanapun keadaannya, dia lebih mulia dari kau!”
‘but you supposed to be my wife!!”
Pang!!! Satu tamparan hinggap dipipi Ridzuan. Terpana Ridzuan seketika. Begitu drastic sekali tindakan Finaz. Dia benar-benar geram dengan luahan kata Ridzuan. Ridzuan mengusap-ngusap pipinya yang terasa pedih.
“ maafkan aku Finaz, aku tahu aku yang bersalah. Sebab itu aku ingin bersama kau semula. Kita bina hidup baru, tinggalkan Erwin. Aku tahu kau masih cintakan aku kalau tidak kau tak akan pakai subang pemberian aku sehingga ke hari ini. Aku berjanji Finaz, aku akan bahagiakan kau.”
“wan..wan.. betapa mudahnya kau berkata-kata. Tanpa Erwin aku tak akan berdiri dihadapan kau sekarang. Aku terhutang budi padanya dan aku tak akan tinggalkan dia selagi dia masih suami aku. Kau cari saja gadis lain yang sanggup hidup dengan kau.” Getus Finaz dengan deraian air mata. Dia sudah tak kuasa lagi nak melayan Ridzuan.
“Finaz...pleasee, jangan singkirkan aku dari hidup kau.” Rayu Ridzuan lagi.
Finaz sudah tak peduli lagi, dia melangkah meninggalkan Ridzuan yang masih lagi memanggil-manggil namanya. Air matanya tak henti-henti mengalir. Tiba-tiba handphone di poketnya berbunyi.
“hallo...apa?” baiklah saya datang segera!” ujar Finaz cemas. Jantung bedegup kencang. Dia berlari laju masuk ke dalam bangunan hospital puteri. Ridzuan turut sama memboloskan diri didalam lif. Dia lihat wajah Finaz pucat tak berdarah.
“kenapa Finaz, apa yand dah berlaku?” tanya Ridzuan ingin tahu. Dia juga turut berdebar, walau bagaimana bencinya pada Erwin, dia tetap abang kandungnya. Darah dagingnya.
“Erwin, Wan! Erwin..ini semua kerana kau! Kalau apa-apa terjadi pada dia, aku tak akan maafkan kau! Kau pembawa masalah! Kau rosakkan kebahagian aku dengan Erwin. Sampai hati kau wan.... dia abang kau!” marah Finaz tanpa memperdulikan dua tiga orang yang ada didalam lif bersama mereka. Ridzuan hanya mendiamkan diri.
Finaz berlari menuju ke bilik 201, tapi langkahnya terhenti bila dia lihat Dr.Sham berdiri dimuka pintu dengan wajah muram. Dengan semangat yang masih ada dia berjalan menghampiri Dr.Sham dia merenung doktor itu inginkan jawapan tapi doktor muda itu hanya menggeleng sambil menepuk-nepuk bahunya. Dunia dirasakan gelap gelita dan dia jatuh terjelepuk dilantai. Harapannya untuk bahagia bersama Erwin tama sudah. Erwin telah kembali menemui penciptanya.
“ Erwinn!!!!!”
“ Puan Finaz... puan Finaz!”
Finaz tersentak, matanya yang terasa pedih cuba meliaht kearah doktor yang berada dihadapannya.
“ Dr.Sham macam mana dengan suami saya?” tanya tanpa berlengah lagi. Dah lama rasannya menunggu. Doktor itu kehairanan.
“minta maaf, saya Dr.Idham bukan Dr.Sham. Puan mengigau tadi, menjerit-jerit memanggil nama Erwin. Puan tak apa-apa?”
Sekali lagi dia terkejut, dia membuka matanya selua-luasnya, memang sah itu bukan dr.Sham. Oh! Dia teringatkan kisah lama. Dia terkenangkan Erwin.
“maafkan saya., bagaimana dengan suami saya, Ridzuan Omar?”
“pembedahannya success, tapi keadaannya masil kritikal...susah saya nak beri jawapan. Kita tunggu dia sedar, tak pasti tapi berdoalah. Saya yakin dia akan selamat.”
“terima kasih, doktor.”
Dr.Idham hanya tersenyum. Dia dibawa ke bilik ICU untuk melawat Ridzuan, dengan pakaian yang dikhaskan dia menghampiri katil Ridzuan. Air matanya luruh tatkala melihat keadaannya. Sekujur tubuh dengan wayar-wayar yang berserbut menakutkan dirinya. Dia duduk menangis disisi Ridzuan. Jari-jemari Ridzuan yang pucat di usap perlahan.
“maafkan Finaz, wan. Finaz berdosa pada wan. Tolong jangan tinggalkan Finaz lagi.”
Melihatkan keadaan Ridzuan, hatinya benar-benar menyesal. Semenjak mereka berkahwin dia tak pernah menunaikan tanggungjawapnya sebagai seorang isteri. Dia masih menyalahkan Ridzuan atas kematian Erwin, biarpun sudah dua tahun Erwin meninggal dunia. Kini baru dia sedar yang dia bersalah pada Ridzuan.
“Wan masih ingat lagi tak surat yang menyebabkan kita berkahwin.”ujar Finaz dalam tangisan. Dia membuka beg duitnya dan mengeluarkan kertas yang sudah lusuh lalu dibacanya perlahan-lahan.
Sayangku...Syafinaz
Abang minta maaf seandainya ada silap abang pada sayang. Selepas abang pergi, bang harap sayang dapat tunaikan hasrat terakhir abang. Kembalilah kesisi ridzuan kerana abang tahu sayang masih mencintainya. Abang hanya menumpang kasih. Abang harap pulangkanlah kasih, dan cinta sayang kepada yang berhak. Tunaikanlah janji yang telah sayang lafaskan pada abang dulu. Inilah saja impian terakhir abang...semoga sayang bahagia dengan orang yang sayang cintai.
Salam sayang....
Erwin Mukhris Omar
Surat itu dilipatnya semula dan dibacanya pula surat dari Erwin untuk Ridzuan. Dia menggengam jari jemari Ridzuan.
Adikku..Ridzuan Mukhris
Maafkan abang kerana merampas kebahagian kau selama ini, abang yang bersalah...tapi apa boleh buat abang gagal mengawal tuntutan hati kerana abang begitu mencintai Finaz. Abang sepatutnya memujuk dan menasihati kau agar tidak teragak-agak dalam membuat keputusan untuk berkahwin dengan Finaz...tapi abang tak buat begitu. Kejamkan abang mu ini?? Entahlah adikku...abang kecewa dalam hidup tapi bila abang bertemu Finaz jiwa abang kembali membara..sayang sekali waktu itu Finaz adalah kepunyaan kau. Abang tahu apa yang telah berlaku diantara kalian berdua sebab itu bila kau tak hadir pada hari itu, abang dengan senang hati menerima saranan ibu Finaz dan juga papa kita. Keran cinta abang dengan rela hati menerimanya. Maafkan abang sekali lagi.
Adikku...
Sekarang abang pulangkan Finaz pada kau semula..jagalah dia dengan penuh kasih sayang kerana dia begitu mencintai kau. Kau jangan risau tentang kesuciannya, bagaimana kau tinggalkan dia begitulah juga abang pulangkan dia. Tak pernah ada hubungan suami isteri antara kami. Bukan abang tak mampu tapi abang tak mahu...kerana abang yakin kau pasti datang menuntut hak kau keatasnya. Bahagiakanlah dia seadanya.
Maafkan abang.....
Abang mu...
Erwin Mukhris Omar.
Finaz merenung wajah pucat Ridzuan, kedua-dua surat itu diletakkan semula dia tempat asalnya.
“ Finaz berjanji Wan, Finaz akan terima Wan seadanya dan akan menyayangi dan mencintai wan buat selama-lamanya. Jangan tinggalkan Finaz..Wan...”
Rintihnya sendirian, Dia menyembamkan mukanya ke lengan Ridzuan yanglesu. Dia menangis semahu-mahunya. Tiba –tiba dia rasakan tangan itu bergerak-gerak. Dia mendongak lalu tersenyum riang. Dia mencium tangan itu berkali-kali. Hatinya menangis dalan gembira.
Dia mendekatkan telinga bila dia lihat bibir Ridzuan bergerak-gerak.
“ I love you..sayang..”
Kedengaran bisikan azimat ditelingat biarpun lemah, dengan bisikan itu dia bersyukur kehadrat ilahi kerana memberi dia peluang sekali lagi untuk hidup bahagia.
“ I love you too..sayang..”