Kau.. bayang-bayang resah semalam

Matahari dan bulan

Kedua-duanya menciptakan bayang-bayang

Ke mana jua kau lari

Bayang-bayang mengekori


Aku.. hanyalah bintang

Yang ternampak pada hari malam

Aku tidak pernah mengeluh

Kerana aku sekadar sebutir bintang

Tapi aku resah

Kerana aku sering dilindung awan

Dan ditenggelamkan bulan rembang

Kau.. nantikan aku di situ.

Malam ini aku pulang

Dan aku akan segera mencari kau

Dan malam ini juga

Aku akan menyerikan kembali langit malam kau

Kau, aku kembali. Apa cerita kau selama aku pergi? Apakah kau gembira? Baguslah jika begitu. Kau, gembiralah dalam sinar bintangku yang tidak pernah pudar terangnya. Senyumlah kerana senyuman kau satu penawar keresahan aku. Jangan kau sangka, aku, meskipun sebutir bintang terang, tidak ada perasaan resah dan gundah.

Kau, manusia sering mengidam untuk ke angkasa raya berkawan dengan bintang-bintang. Menjelajah ke alam semesta tak terbatas luasnya.. Kau, pada bila-bila masa sahaja, sanggup kubawa kembara ke ruang tak berdimensi di sana. Kau akan rasa indah. Terlalu indah.

Kau, perjalanan pulang ini menggembirakan. Aku mahu menatap sepuas-puasnya engkau pada malam saat kau beradu nanti. Di situlah kecantikan paling indah Tuhan berikan pada aku untuk melihat.

Ada nafas sedang menyambung nyawa. Nafas aku untuk kau. Kau, aku mahu berehat sebentar. Kerana malam ini aku akan kembali ke dada langit malam sebagai bintang yang paling terang. Bukan sekadar melepaskan rindu pada kau, malah pada seluruh bintang di angkasa malam. Pastinya malam ini tiada hujan akan turun.

Jumpa nanti.

--------------
jgn pk krna CINTA..gurun SAHARA akan m'jadi RIMBA.......